..SELAMAT DATANG..“Sembilan per sepuluh rezeki datangnya dari perniagaan.” (Hadis riwayat Bukhari)..

PENGENALAN

PENGENALAN

Program Celik Milik ICT (PCMI) ini diwujudkan untuk membuka minda ahli Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (KPLBW) tentang kesedaran mengenai kepentingan ICT di dalam kehidupan seharian mereka.

Melalui program ini, pendedahan mengenai ICT, khasnya komputer dapat disebarkan dengan cara pengenalan sistem “Train the Trainer”.

Penguasaan ilmu pengetahuan di bidang ICT mampu membawa ahli KPLBW ke persada persaingan sihat di peringkat domestik dan global.

LATAR BELAKANG

Era globalisasi (Dunia Tanpa Sempadan)

Sejajar dengan era globalisasi masakini, kita perlu melaksanakan corak pendidikan yang menyeluruh dengan menekankan kepada penguasaan ilmu pengetahuan beraneka bidang, khasnya ke arah melahirkan masyarakat prihatin yang bijaksana dalam serba serbi. Komitmen yang tinggi daripada semua pihak perlu dipupuk untuk mengubah paradigma semua pihak ke arah perspektif terbaru.

Malaysia ke arah Wawasan 2020 dan Era Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi Bagi menyahut cabaran keenam Wawasan 2020:-Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, iaitu masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke hadapan yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa kini dan masa akan datang.

OBJEKTIF PROGRAM

Menjalin persyarikatan pintar (smart partnership) di antara usahawan ATM dengan kerjasama ERA ICT SDN BHD, iaitu pihak Kerajaan dengan pihak Swasta.

Merealisasikan hasrat Kerajaan untuk membangunkan masyarakat ATM ke arah penguasaan ilmu pengetahuan di dalam bidang Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi terkini.

Mewujudkan masyarakat celik ICT di kalangan warga ATM di seluruh negara.

Melatih para anggota tentera ke arah penguasaaan yang mendalam di bidang penggunaan komputer, perisian, melayari internet, merekacipta laman web dan pengetahuan membaik pulih komputer.

Mewujudkan rangkaian kedai-kedai ICT dan pusat maklumat ICT yang menjual peralatan dan perkakasan komputer di beberapa kem ATM yang terpilih di seluruh Negara.

Mewujudkan usahawan-usahawan di kalangan ahli warga ATM dalam bidang ICT.

Kursus-kursus teknikal dan pembaikan kepada usahawan-usahawan secara percuma.

PERLAKSANAAN PROGRAM

Mewujudkan kiosk komputer di kedai-kedai PERNAMA yang terpilih.

Bekalan komputer kepada para anggota tentera yang diluluskan oleh PERNAMA.

Latihan penggunaan komputer akan diadakan selepas khidmat jualan yang akan dikendalikan oleh para pelatih yang berkelayakan.

Pusat maklumat/kafe siber akan diwujudkan di kedai-kedai PERNAMA yang terpilih.
Korikulum latihan adalah seperti berikut:-
 Pengenalan komputer
 Penjagaan komputer
 Pengenalan Internet
 Penggunaan asas Genuine Windows Starter Edition
Roadshows:
-     Kempen kesedaran berbentuk ‘roadshow’ tentang ICT akan diadakan di kedai-kedai PERNAMA di seluruh Negara dari masa ke semasa untuk menyedarkan masyarakat ATM.
-     Menyebarkan matlamat Kerajaan untuk mewujudkan masyarakat celik ICT di kalangan warga ATM.

PENUTUP

Kelemahan sistem sedia ada ialah lambakan komputer oleh pembekal di kedai.
Tiada latihan yang diberikan oleh para pembekal komputer kepada warga tentera.
Program celik milik ICT warga ATM akan dapat melahirkan masyarakat yang prihatin terhadap perkembangan dan kemajuan dunia masa kini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...