..SELAMAT DATANG..“Sembilan per sepuluh rezeki datangnya dari perniagaan.” (Hadis riwayat Bukhari)..

PENGENALAN SKIM KASUMA

PENGENALAN SKIM PINJAMAN KASUMA

Skim ini adalah diperuntukkan hanya kepada warga anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang masih berkhidmat melalui potongan gaji kepada peminjam.

Kemudahan skim ini juga tidak tertakluk kepada sesuatu barangan sahaja untuk dimiliki dan kebanyakannya adalah terdiri daripada barangan elektrik , pinggan mangkuk dan aksesori wanita.



KELAYAKAN DAN PROSES

Anggota ATM yang berminat dengan  skim  ini hendaklah memohon melalui Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) yang berhampiran di mana anggota  tersebut berkhidmat. Proses pinjaman hanya mengambil masa 2-3 jam sekiranya pemohon tidak ada masalah dengan pinjaman lain.Barang akan diberikan kepada peminjam yang layak.







PINJAMAN SKIM KASUMA MELALUI ONLINE

Syarikat ERA ICT Sdn Bhd  mengorak langkah maju setapak lagi serta  ingin memperkenalkan kepada warga anggota ATM, bahawa syarikat ini berwibawa untuk memasarkan produk yang berasaskan ICT melalui pembelian secara online. Sebagai memenuhi permintaan syarikat bersedia untuk menjalankan tanggungjawap seperti yang di amanahkan oleh Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) sebagai Vendor (pembekal) kepada warga anggota ATM di seluruh negara.

Syarikat ERA ICT Sdn Bhd juga akan sentiasa mengemaskini laman ini bagi memudahkan  warga anggota ATM untuk berurusan serta beroleh pemilikan Personal Computer (PC)  pelbagai jenama termasuk harga yang telah ditetapkan. Bagi memudahkan pemilikan, pengiraan potongan bulan  termasuk rate dan insuran juga akan di perolehi sebelum permohonan di buat kepada PERNAMA. Ini bermakna warga anggota ATM boleh membuat pengiraan sendiri sebelum permohonan.

PENGIRAAN RATE DAN INSURAN SEMASA

Pinjaman atas 1 tahun  (12 bulan) 13.75%
Pinjaman atas 2 tahun  (24 bulan) 27.50%
Pinjaman atas 3 tahun  (36 bulan) 41.25%
Pinjaman atas 4 tahun  (48 bulan)  55.00%
Pinjaman atas 5 tahun  (60 bulan)  68.75%

CARA PENGIRAAN NYA SEBAGAI  PANDUAN PEMOHON

Contohnya adalah seperti berikut:  Jika anda membeli barangan yang berharga RM1000.00, anda cuma perlu kali rate diatas dan campur semula dan bahagi bulan sebagai potongan.  RM1000x13.75%+semula dan bahagi 12 bulan, maka anda akan dapat jumlah potongan untuk pinjaman selama setahun sebanyak  RM94.80 sebulan.

SOALAN SOALAN LAZIM

Bagaimanakah cara memohon produk sedangkan saya berada di unit yang berjauhan dengan pembekal?

Jawapan:  Pertama pastikan barangan yang hendak dibeli melalui Skim Pinjaman KASUMA.  Selepas itu permohonan hendak lah di pohon melalui PERNAMA yang berhampiran tempat anda bertugas. Setelah permohonan di luluskan maka pembekal akan menghantar kepada anda barangan yang telah diluluskan dan anda dikehendaki menerimanya melalui PERNAMA dimana anda memohon tadi.

Adakah ada tambahan kos penghantaran barangan yang di pesan?

JawapanTiada sebarang kos penghantaran kepada pemohon.

Berapa lamakah masa untuk menerima barangan yang telah di pesan?

JawapanSyarikat ERA ICT Sdn Bhd akan mempastikan setiap barangan yang telah diluluskan kepada warga anggota ATM oleh PERNAMA , maka PERNAMA  yang berkenaan akan menghubungi syarikat ERA ICT Sdn Bhd untuk bekalan. Ini akan memakan masa 3 hari  untuk Semenanjung dan 5 hari untuk Sabah dan Sarawak.

Bagaimana untuk melihat jenis barangan sebagai panduan yang ingin dibeli?

JawapanSyarikat ERA ICT Sdn Bhd akan sentiasa mengemaskini laman ini untuk di lawati oleh warga anggota ATM sebagai panduan  mengenai jenis jenis produk yang dimiliki.

Selain belian melalui pinjaman, bolehkah juga pembelian secara tunai?

JawapanBoleh dan Syarikat ERA ICT Sdn Bhd  akan menghubungi melalui talian kepada pembeli untuk keterangan lanjut.

Sebarangan pertanyaan oleh warga anggota ATM sila emailkan kepada kami melalui: eraictsdnbhd@ymail.com atau terus di talian 019-9646290 (untuk perhatian: En. Sazali bin Mansor).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...