..SELAMAT DATANG..“Sembilan per sepuluh rezeki datangnya dari perniagaan.” (Hadis riwayat Bukhari)..

PRODUK GO WIRELESS


Muka depan setelah dipasang Produk Gowireless. Contoh kupon seperti di bawah.


Pemasangan melalui Komputer/telefon?

Tidak memerlukan sebarang master dari PC yang di setting. Produk hanya perlu disambung dari modem streamyx/P1wmax/DIGI ke router khas seperti di atas.

Kaedah pemasangan

Apabila berminat menggunakan produk ini, bahagian teknikal akan hadir atas permintaan pengguna.

Kaedah pembayaran

Kaedah pembayaran adalah secara tunai. Pembayaran sebanyak 70% dari harga produk dan pihak syarikat akan membuat penghantaran. Bayaran baki 30% setelah barang diterima.

Nota:

Produk ini amat sesuai jika dijadikan perniagaan kepada koperasi2 IPTA/IPTS/KOLEJ2/ malah boleh di jadikan sumber pendapatan tambahan kerana perniagaan ini tidak memerlukan Lesen Perniagaan (SSM).

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung terus dengan En Sazali di talian 019-9646290

PROGRAM CELIK MILIK ICT BERSAMA ERA

PENGENALAN

Program Celik Milik ICT (PCMI) ini diwujudkan untuk membuka minda ahli Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (KPLBW) tentang kesedaran mengenai kepentingan ICT di dalam kehidupan seharian mereka.

Melalui program ini, pendedahan mengenai ICT, khasnya komputer dapat disebarkan dengan cara pengenalan sistem “Train the Trainer”.

Penguasaan ilmu pengetahuan di bidang ICT mampu membawa ahli KPLBW ke persada persaingan sihat di peringkat domestik dan global.

LATAR BELAKANG

Era globalisasi (Dunia Tanpa Sempadan)

Sejajar dengan era globalisasi masakini, kita perlu melaksanakan corak pendidikan yang menyeluruh dengan menekankan kepada penguasaan ilmu pengetahuan beraneka bidang, khasnya ke arah melahirkan masyarakat prihatin yang bijaksana dalam serba serbi. Komitmen yang tinggi daripada semua pihak perlu dipupuk untuk mengubah paradigma semua pihak ke arah perspektif terbaru.

Malaysia ke arah Wawasan 2020 dan Era Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi Bagi menyahut cabaran keenam Wawasan 2020:-Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, iaitu masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke hadapan yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa kini dan masa akan datang.

OBJEKTIF PROGRAM BERSAMA ERA

Menjalin persyarikatan pintar (smart partnership) di antara usahawan ATM dengan kerjasama ERA ICT SDN BHD, iaitu pihak Kerajaan dengan pihak Swasta.

Merealisasikan hasrat Kerajaan untuk membangunkan masyarakat ATM ke arah penguasaan ilmu pengetahuan di dalam bidang Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi terkini.

Mewujudkan masyarakat celik ICT di kalangan warga ATM di seluruh negara.

Melatih para anggota tentera ke arah penguasaaan yang mendalam di bidang penggunaan komputer, perisian, melayari internet, merekacipta laman web dan pengetahuan membaik pulih komputer.

Mewujudkan rangkaian kedai – kedai ICT dan pusat maklumat ICT yang menjual peralatan dan perkakasan komputer di beberapa kem ATM yang terpilih di seluruh Negara.

Mewujudkan usahawan – usahawan di kalangan ahli warga ATM dalam bidang ICT.

Kursus-kursus teknikal dan pembaikan kepada usahawan-usahawan secara percuma.

PERLAKSANAAN PROGRAM

Mewujudkan kiosk komputer di kedai-kedai PERNAMA yang terpilih.

Bekalan komputer kepada para anggota tentera yang diluluskan oleh PERNAMA.

Latihan penggunaan komputer akan diadakan selepas khidmat jualan yang akan dikendalikan oleh para pelatih yang berkelayakan.

Pusat maklumat/kafe siber akan diwujudkan di kedai-kedai PERNAMA yang terpilih.

Korikulum latihan adalah seperti berikut:-

Pengenalan komputer

Penjagaan komputer

Pengenalan Internet

Penggunaan asas Genuine Windows Starter Edition

Roadshows:

Kempen kesedaran berbentuk ‘roadshow’ tentang ICT akan diadakan di kedai-kedai PERNAMA di seluruh Negara dari masa ke semasa untuk menyedarkan masyarakat ATM.

Menyebarkan matlamat Kerajaan untuk mewujudkan masyarakat celik ICT di kalangan warga ATM.

PENUTUP

Kelemahan sistem sedia ada ialah lambakan komputer oleh pembekal di kedai.

Tiada latihan yang diberikan oleh para pembekal komputer kepada warga tentera.

Program celik milik ICT warga ATM akan dapat melahirkan masyarakat yang prihatin terhadap perkembangan dan kemajuan dunia masakini.

Kem Mahkota Kluang (Projek Contoh)

MEMPERTABATKAN ANGGOTA ATM DALAM BIDANG ICT

Seiring dengan program yang dicipta, syarikat era ict sdn bhd telah membuka ruang kepada warga ATM untuk mengenali teknologi ICT dengan lebih berdaya saing. Sewajarnya lah bagi setiap anggota ATM tidak melepaskan peluang ini kerana syarikat era ict sdn bhd sendiri telah di beri mandat serta kepercayaan untuk dibawa masuk ke Kem Kem tentera yang terpilih oleh pihak Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA).

Harapan syarikat era ict sdn bhd kepada warga anggota ATM, dokongi lah hasrat kerajaan agar wawasan 2020 tercapai dengan jayanya melalui dunia tanpa sempadan. Syarikat era ict sdn bhd ingin melihat bahawa setiap warga ini beroleh ilmu dan tidak hanya dimonopoli oleh pihak atasan mereka sahaja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...